Advertisement

Saturday, 8 February 2014

Tak Sanggup Nak Praktikal Dah.

sat naaa tengah pikir nak susun ayat cemana. nak susun apa jadi daripada last post dulu sampai sekarang ni. kemain lama tinggal blog. update tak sekali sekala macam gini lah. macam mana gaya menulis nak meningkat..kannn.

jadinya tesis berjaya dihantar mengikut tarikh walaupun yang untuk pensyarah aku tak jilid sebab makan masa. maaf pn yani. aku jilid untuk diri sendiri dan untuk di hantar ke pusat sumber fakulti je. lega sesangat bila dah siap sebelum final exam hari tu. cuti pon rasa tenang je. hehe.

dan sekarang aku dah mula praktikal. hoyeahhh. ye hoyeahh sebab dah nak habis belajar bukan sebab seronok dapat praktikal. haha. hari pertama praktikal je aku dah tau aku nak kerja apa bila habis praktikal ni nanti. aku taknak kerja duduk dalam pejabat yang pasti! sangat tak seronok lelagi kalau environment pon macam tak membantu je. tujuan aku habis belajar supaya tak kena bangun awal pepagi buta untuk keluar rumah. bukannnn itu tujuannya! aku nak bangun pepagi lepak lepak kat rumah lepas tu baru keluar rumah.

dulu aku plan nak kerja swasta (almaklum gaji besor kononnya), tapi tengok gaya dari aku praktikal ni sah dah aku taknak kerja swasta. aku nak cari kerja kerajaan je. haha. lepas tu nak bukak bisnes sendiri sebab boleh jadi bos, suka hati nak datang kerja pukul berapa. ini serius. sekarang ni aku kena plan bebetul apa jenis bisnes yang aku nak bukak nanti. idea banyak tapi kena tengok jugak pasaran macam mana. gituuuhh.

baru enam hari praktikal rasa macam dah berbulan bulan. rasa macam besok taknak dah pergi praktikal. rasa macam arghhhh apsal rasa lama sangat praktikal ni! enam hari sebab kena kerja sampai sabtu secara bergilir-ggilir dan kena pulak hari terakhir praktikal nanti jatuh hari sabtu. nak menangis je rasa.